Thursday, March 8, 2007

The Malaysia Sepak Takraw

Berita Harian - 29 July 2000 -Selangor juara Sirkit Terengganu
SELANGOR muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Perilly’s Grand Prix Kebangsaan Terbuka Terengganu apabila menundukkan Kuala Lumpur 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu,petang semalam.Selangor mengutip mata pertama apabila gandingan Mohd Zaid Kasran, Musmulyadye Mohd dan Mohd Najib Iman mengalahkan regu Kuala Lumpur, Ahmad Jais Baharom, Ismail Amir dan Rasli Abdul Rahman 9-15,15-7, 6-5 dalam masa 75 minit.Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada tekong regu B Selangor, Mohd Zamzee Mohd Zainuddin yang memastikan kemenangan pasukannya dengan rejaman servis padu sehingga menyukarkan lawan menyambut baik hantarannya.Bergandingan dengan Saiful Bahari Abu Bakar dan Khairul Baharin, mereka tidak menghadapi masalah menundukkan gandingan Nazwan Adlin, Adi Suzier Abdul Manaf dan Ku Halim Ku Musa 15-4, 15-7.


Sejarah Sepak Takraw.


Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.
Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Era kegemilangan Sepak Takraw Malaysia.
Sukan SEA 2005: Tahun gemilang buat Malaysia
MANILA - Sukan SEA Ke-23 Filipina yang berakhir semalam bukan sahaja memahat sejarah kutipan pingat emas malah mengembalikan semula kegemilangan atlet negara dalam beberapa acara seperti olahraga, sepak takraw dan badminton.
Sebanyak 61 emas yang diraih pada edisi kali ini yang merupakan tertinggi di luar Kuala Lumpur berbanding pencapaian terbaik sebelum ini iaitu sebanyak 57 emas pada Sukan SEA 1999 di Brunei.
Malaysia meraih sebanyak 111 emas pada temasya 2001 di Kuala Lumpur dan sebanyak 44 emas dua tahun lalu di Vietnam.
Edisi ke-24 sukan dwitahunan Asia Tenggara itu akan diadakan di Thailand pada 2007.
Pungutan emas tertinggi kali ini diiringi kecemerlangan atlet dalam beberapa acara seperti olahraga yang menyaksikan beberapa rekod baru kejohanan dan kebangsaan.
Paling menarik ialah kejayaan atlet kategori B, Shahadan Jamaludin (400m lari berpagar) yang mencatat 51.28 saat untuk memperbaharui rekod kebangsaan.
Kecemerlangan mereka diikuti oleh Siti Shahidah Abdullah (baling tukul besi) dan Roslinda Samsu (lompat bergalah) yang memperbaharui rekod kejohanan.
Ngew Sin Mei pula memperbaharui rekod Sukan SEA acara lompat kijang wanita dengan jarak lompatan 13.61 meter.
Apa yang membanggakan, sasaran enam emas kali ini melebih jangkaan apabila kontinjen olahraga meraih lapan emas keseluruhan.
Malaysia juga merampas semula acara tradisi 110m lari berpagar yang sebelum ini milik bekas jaguh negara, Nur Herman Majid menerusi Mohd. Robani Hassan.
Takraw turut mencipta kecemerlangan apabila memecah penguasaan Thailand sejak Sukan SEA Manila 1991 dalam acara regu.
Gandingan Normanizam Ahmad, Mohd. Putra Ghani dan Mohd. Zulkarnain Arif menamatkan kemarau 12 tahun emas acara tersebut.
Sejarah juga tercipta dalam acara badminton menerusi beregu wanita apabila Wong Pei Tty-Chin Eei Hui meriah emas buat pertama kali dalam sejarah Sukan SEA yang selama ini dikuasai Indonesia.
Sementara itu, gimnastik muncul penyumbang terbesar pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA kali ini dengan 10 pingat daripada 61 emas keseluruhan yang dimenangi.
Catatan itu memperbaiki pencapai sembilan emas yang diraih pada Sukan SEA Vietnam dua tahun lalu.
Apa yang menarik, Foong Seow Ting muncul ratu gimrama pada temasya kali ini dengan empat emas, mengetepikan penguasaan Durratun Nasihin Rosli yang sekadar satu emas dalam acara berpasukan.
Akuatik pula mencatat pencapaian yang sama sembilan emas seperti dua tahun lalu namun perenang muda negara, Daniel Bego menambah kutipan emas kepada dua dalam acara 100m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas berbanding satu emas pada Sukan SEA di Vietnam. - Utusan.


05/12/2005
Janji dikota, harapan dipenuhi
Sepaktakraw - Selepas menunggu selama 12 tahun, negara akhirnya membawa pulang pingat emas dalam acara regu sepak takraw dengan menewaskan Thailand.
Kejayaan gandingan Mohamad Normanizan Ahmad, Mohd. Putra Abdul Ghani dan Mohd. Zulkarnain Arif itu turut menamatkan dominasi negara jiran berkenaan sejak tahun 1995 lagi.
Kali terakhir kita memenangi emas ialah pada Sukan SEA 1993 di Singapura.

Kejayaan Lain.
Seorang lagi penerima anugerah dalam bidang sukan iaitu Mohd. Normanizam Ahmad menyatakan rasa bangga kerana kejayaan beliau dan rakan-rakannya dihargai malah kecemerlangan memenangi pingat emas dalam sukan sepak takraw selepas 12 tahun Thailand mengungguli acara ini dalam sukan Sea. Turut sama menerima anugerah dalam sepak takraw ialah Mohd. Futra Abd Ghani, Mohd. Zulkarnain Arif, Mohd. Azman Nasruddin dan Mohd Saifuddin Husin.